Theatre: Kamar Karma.

Posted in Other

Assalamualaikum,

I don’t usually do advertisement or sponsored or like guest posts on my blog, but I occasionally do this for the people I do and want to support. So here’s something on behalf of my cousin at the International Islamic University Malaysia (IIUM). Oh, and yes, it’d be in Malay. :)

*********************************

IMG-20141118-WA0002

KAMAR KARMA merupakan sebuah teater yang mengisahkan kisah benar rakyat Malaysia yang diolah dalam bentuk yang lebih eksperimental. Teater ini akan dipersembahkan di dalam Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka, pada 24 & 25 November 2014, bermula 8 malam. Genre teater Kamar Karma ini adalah ‘Psycho Horror’.

Teater ini menampilkan Tasya; seorang pelacur, Danial; seorang remaja yang mengalami penyakit pedolifia dan Wak Aji; seorang bomoh kanibal. Di sebalik kisah mereka, tersimpul sebuah rahsia yang menjadi punca kepada kehidupan mereka hari ini.

IMG-20141118-WA0001

Tasya merupakan seorang gadis yang telah dilacurkan oleh ibunya dan bertindak membunuh ibunya sendiri. Tasya juga telah ditipu oleh teman lelakinya yang merupakan bapa ayam. Tasha terus dipaksa melacur sehingga mengandung dan akhirnya telah selamat melahirkan anak tersebut. Namun, dalam rancangannya untuk melarikan diri dari Imran, dia telah terbunuh anaknya sendiri secara tidak sengaja. Akhirnya Tasya menyerah diri kepada pihak polis kerana merasa bersalah setelah mebunuh ibu dan anaknya.

IMG-20141116-WA0000

Danial merupakan seorang remaja yang menghidapi penyakit pedofilia. Dia daripada keluarga yang bermasalah dan sering dipukul oleh ayahnya hanya kerana melepaskan baran. Dia juga menjadi mangsa melepaskan nafsu ayahnya. Oleh sebab itu, Danial tidak pernah menpercayai orang dewasa dan dia lebih selesa bercakap sendirian atau pun bercakap dengan kanak-kanak. Sehingga pada suatu hari, dia telah menculik seorang kanak-kanak perempuan yang merupakan anak kepada jirannya. Selepas dia melepaskan nafsu terhadap kanak-kanak tersebut, dia telah membunuhnya dan meletakkan mayat tersebut dalam beg pakaian yang besar. Berita kehilangan kanak-kanak perempuan itu tersebar di semua media. Akhirnya Danial ditahan polis berdasarkan bukti-bukti yang kukuh.

IMG-20141116-WA0001

Wak Aji, seorang bomoh yang mempunyai sifat kanibalisme yang tinggi. Untuk melepaskan nafsunya, dia telah menggunakan orang tengah untuk memerangkap mangsa-mangsanya. Semua mangsa WakAji diambil jantung mereka dan organ-organ lain dijual di pasaran gelap. Walaubagaimana pun, tidak ramai yang mengetahui profesion sebenar Wak Aji iaitu seorang pakar bedah yang disegani.

Di pengakhirannya, Tasya, Danial dan Wak Aji berada di bilik penjara masing-masing. Mereka akan dihukum gantung pada keesokannya. Sebelum mereka dihukum gantung, mereka menerima kehadiran seorang lelaki yang sama. Lelaki ini mempunyai kaitan dengan setiap daripada mereka….

Jikalau berminat, bolehlah hubungi Azlina di talian 017-74448432 untuk menempah tiket. Nantikan juga penampilan khas daripada Fauzi Nawawi. Penuhilah Isnin atau Selasa malam anda dengan teater experimental yang dibawakan oleh ‘Film and Creative Production Club IIUM’.

Terima kasih kepada Akasia, Gempak Starz dan Jom Sg. atas tajaan.

 

************************************

It sounds interesting enough, and I would probably have gone to watch it if I’m home in Malaysia. So, yeah, if you guys are free on that day, do spare some time to watch it :)

November 19, 2014
/
Previous Post Next Post

Leave a Reply