Ask, but Ask the Right Questions.

Assalamualaikum,

Someone recently liked a pretty old status of mine on Facebook, and I realized that I never actually followed up on this status. So, yes, this is a follow-up post to the 8-month old Facebook status (wow that’s pretty old, for a status, that is…). And don’t worry, it won’t be completely in English (’cause to be honest, I miss writing in Malay).

“Assalamualaikum, akak. Saya baru dapat results SPM saya. Saya dapat A untuk subjek ni, B untuk subjek ni, etc… Akak rasa, saya patut mohon cos apa eh?”

“Entahlah dik, kenapa nak limit kat cos je? Kesian sin and tan.”

Kalau kau yang dah kenal diri sendiri for 17 years pun tak tahu kau patut mohon course apa, apatah lagi aku yang kenal kau melalui mesej kat Facebook yang kadang-kadang tak sampai lima ayat tu boleh tahu kau patut buat apa.

Mohon deactivate Facebook, Twitter semua dan pergi mencari diri sendiri dulu. Jangan nak harapkan orang lain bagitahu kau apa nak dibuat dengan hidup kau sendiri. Kalau tak menjadi, nanti salahkan orang pula.

“Kenapa keputusan kau teruk sangat ni? Kau main-main ke apa?!” (Mak/Ayah)

“Tapi, mak/ayah/orang lain lah yang suruh saya ambil ni. Bukannya saya yang pilih!”

Alasan.

Kau dah besar. Mohon berani sikit mengaku kesalahan dan kesilapan diri sendiri. Sampai bila kau nak duduk dalam zon keselesaan (baca: comfort zone) kau tu? Takut sangat ke nak mencuba? Takut sangat ke dengan kegagalan?

Mohon berdikari dan belajar buat keputusan ye.

Macam saudara Fauzan Afandi komen di status tersebut, “Bukan setiap permasalahan diberitahu untuk kita suapkan dengan penyelesaian,”, ya, memang betul. Tak semua persoalan yang ditujukan kepada aku perlu aku suapkan dengan jawapan. Cukuplah sekadar aku memberi tunjuk ajar kepada mereka untuk pilih arah tuju mereka sendiri. Ya, aku tahu itu. Dan jangan risau, aku tak ada lah kejam sangat sampai nak balas persoalan orang dengan ayat sekejam dan se-sarkastik dalam status tersebut. Itu sekadar lawak berbaur nasihat untuk adik-adik agar tidak terlalu berharap kepada orang lain.

Source: Google
Source: Google

Bertanya itu bagus, memang aku setuju. Tanyalah berapa juta soalan yang kau nak, aku tak kisah. Bagi aku, bila kau bertanya soalan itu, kau menunjukkan minat kau. Kau menunjukkan yang kau ada ‘effort’ untuk belajar benda baru.

Tapi cik adik comel kacak yang aku sayang dan kasihi sekalian, bertanyalah soalan yang betul.

Kalau aku dapat soalan macam kat atas tu, di mana kau tanya aku:

“Saya dapat A’s dalam subjek ni, B’s dalam subjek ni, etc… Course apa yang saya patut ambil ye?

…memang kau minta penampar tahap maximum dari aku. Tak pasal-pasal ada jugak kena lempang dengan boot Nine West yang aku baru beli minggu lepas masa Black Friday kang. Boot lawa pulak tu jadi mangsa aku nak campak kat muka kau.

Tapi kalau kau hantar soalan yang lagi jelas seperti,

“Keputusan SPM saya macam ni <insert results here>. Saya macam minat nak sambung bidang <insert A here>, tapi bila tengok balik, mungkin macam tak berapa layak je dengan keputusan saya. Saya suka buat <insert hobby here> dan lemah dalam <insert weakness here>. Akak rasa apa alternatif yang saya boleh buat kalau saya nak kerja dalam industri <insert A here>?”

…soalan macam ni aku boleh terima lagi, malah aku alu-alukan sangat soalan macam ni.

Like seriously, bertanyalah soalan yang matang sikit. Yang berisi. Yang ‘betul’. Lagi-lagi aku bukannya kawan korang. Aku bukannya kenal korang personally. Kalau korang takat bagitahu keputusan SPM korang dan minta aku bagi pendapat untuk course apa yang korang patut buat, memang aku boleh bagi pendapat yang elok lah, kan? Memang aku boleh somehow baca minda korang, dan somehow teka dengan betulnya apa minat dan hobi dan kekurangan dan kelebihan korang, kan? Selingan sebentar, sebab aku macam teringin pulak nak buat eksperimen macam ni kat blog aku. Kalau korang baca sampai sini, sila tekan komen dan bagi nama & alamat rumah, sebab aku nak hantar a little something masa cuti musim sejuk nanti. Hantar sebelum Januari 2015 ye, terima kasih. Dan jangan risau, aku tak publish alamat korang kat blog ni. Aku akan simpan elok-elok. OK back to business.

Nak bertanya, yes, dipersilakan. Tapi sila belajar untuk berdikari sikit. Belajar untuk buat sedikit research sebelum bertanya. Kalau korang bertanya soalan kosong, jangan terkejut lah kalau dapat jawapan kosong yang tidak membantu langsung. Pastu nak emo-emo pulak kalau jawapan aku tak menepati apa yang korang nak dengar, padahal korang sendiri tak bertanya soalan yang betul.

Source: Google
Source: Google

Maaf, sekiranya post ini agak ‘straight to the point’ dan sedikit kasar. Tapi kau dah besar, kuatlah sikit nak terima teguran semua. Dan dah besar panjang tak perlu nak emo terasa hati bagai. OK? Peace out ^^

End note: Panjang sangat tak baca (read: Too Long Didn’t Read – TLDR): Nak tanya boleh, tapi sekurang-kurangnya bagilah details yang boleh membantu orang yang ditanya itu supaya dia dapat memberikan jawapan yang lebih membantu.

OK tu je. Doakan finals aku kurang lagi dua minggu dari sekarang. Selamat malam semua (dah pukul 3am dan aku masih lagi teguh berdiri – eh tak, teguh duduk – sambil membaca Philosophy aku). Stay awesome 🙂

8 thoughts on “Ask, but Ask the Right Questions.”

  1. Just follow your blog recently and it feels weird that you use “aku” but who cares anyway. But yes I think that kind of questions are only permissible if you are like… Idk. Bff since forever and already knows you through thick and thin? Or maybe family.

    Anyway Good luck for you exam!

    1. Ahaha, yes, I use ‘aku’ with basically anyone I can. Personally, I feel like it makes me feel more comfortable and personal with the person I’m talking to. 🙂

      Thank you for reading and thank you for the wish :3

  2. Good luck final akak. *mungkin akak patut pertimbangkan tentang perkataan ‘minta pendapat’ ataupun akak syorkan diorang buat ujian psikometrik,maybe helping a lot*

    1. Ahaha, thank you! No worries la, akak takde la sekejam tu, most of the time I do give constructive comments. 🙂 Hihi.

  3. Nur Syahmi Mohd Shabri

    Salam sis. I love your blog very much hehe. Btw, I’m also an Actuary student, from USIM 🙂

  4. Amira Syahmina Suhaimi

    Suka sangat baca blog awak! Rasa motivated gilaa. Hm, nasib baik tak tanya soalan kat atas tu, kalau tak, mesti dapat jawapan macm tu haa.huhuhu. ohh,good luck for your exam yaa. doakan saya jugak.hihi

    1. Hihi. Thank youuu 😀 And takde la, I’m not that mean. I would still answer jugak walaupun macam kat atas tu 🙂 Hihi. Thank youuu! Exam dah lepas dah actually, and tengah holidays now. But thank you all the same, and good luck in your studies too! 🙂

Did you find the post interesting / useful? Come share your thoughts!

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.